Suruhanjaya Sekuriti Kaji Transaksi Saham Sime Darby - Eastern & Oriental

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pegawai kanan Suruhanjaya Sekuriti (SC) Datuk Francis Tan dan Datuk Gumuri Hussain, mengetuai dua semakan yang dilakukan oleh suruhanjaya itu terhadap pengambilalihan Sime Darby Bhd ke atas 30 peratus kepentingan dalam Eastern & Oriental Bhd (E&O).

Berdasarkan tadbir urus dalaman SC, semakan itu dilakukan oleh dua pegawai terbabit manakala Pengerusi SC Tan Sri Zarinah Anwar, menarik diri dalam siasaran itum kata jurucakap SC pada Isnin.

"Kami menegaskan bahawa kami meneliti latar belakang transaksi ke atas mana-mana implikasi Kod Pengambilalihan. Kami juga menyemak semua transaksi saham oleh semua pihak dalam tempoh tertentu yang berkaitan dengan urusan berkenaan," katanya. Hasil siasatan dua semakan itu akan diketahui selepas semua fakta yang berkaitan diperoleh, katanya.

Jurucakap itu berkata SC terus menerima pertanyaan mengenai transaksi saham Sime Darby-E&O.

"Kenyataan Prinsip dan Standard SC memerlukan SC memantau standard tadbir urus dan etika tertinggi dalam melaksanakan tugas kami. SC setiasa mendukung standard ini," katanya.

Sime Darby Bhd menyelesaikan proses pengambilalihan kepentingan dalam E&O bagi sejumlah RM766 juta pada 9 September, manakala penyelesaian dijadual pada 14 September.

Perjanjian itu menimbulkan kontroversi memandangkan harga penawaran pada RM2.30 membabitkan premium 60 peratus harga pasaran E&O semasa ia diumumkan, dan banyak persoalan mengenai manfaat perjanjian itu kepada Sime Darby.

Vendor blok itu ialah Pengarah Urusan dan Pengasas E&O Datuk Tham Ka Hon, Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah dan syarikat yang disenarai di Singapura, GK Goh Holdings Ltd, yang terus menguasai kepemtingan yang lebih kecil. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan