Sistem Tiada Had Tempoh Pegang Jawatan PM, KM Dan MB Masih Praktikal - Hajiji

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Hajiji Noor berkata dasar kebangsaan sedia ada yang tidak mengehadkan tempoh memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri masih praktikal dan relevan di negara ini.

Oleh itu, beliau berkata tiada keperluan buat masa ini untuk mengehadkan tempoh memegang jawatan-jawatan tersebut kepada hanya dua penggal.

"Saya melihat di Malaysia ini belum sampai masanya untuk kita melaksanakan sistem seumpama itu... biarlah apa yang kita praktik selama ini kita teruskan. "Apa yang penting kita hidup dalam keadaan aman damai dan makmur dan kita melaksanakan proses demokrasi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis mesra Aidilfitri anjuran anak syarikat kerajaan negeri Supernesa Sdn Bhd, di sini malam Isnin.

Hajiji berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Presiden Barisan Bersatu Borneo (UBF) Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengenai perkara itu.

Jeffrey, bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini mengetuai badan bukan kerajaan iaitu UBF dan Yayasan Warisan Borneo, baru-baru ini dipetik sebagai berkata ingin supaya ditamatkan sistem yang diamalkan di negara ini sekarang yang membolehkan Perdana Menteri atau Ketua Menteri menjawat jawatan selama beberapa dekad.

Mengenai gesaan Jeffrey agar Malaysia mencontohi negara-negara maju dan tidak mengikut jejak langkah negara yang mempunyai sejarah pemimpin berkhidmat terlalu lama, Hajiji berkata negara ini tidak perlu terikut-ikut dengan sistem pemerintahan yang diamalkan di negara lain.

"Biarlah rakyat kita sendiri yang menentukannya apabila tiba masa yang sesuai," katanya.

Terdahulu, pengerusi Supernesa Sdn Bhd Datuk Hamisa Samat meminta kakitangan dan pegawai syarikat itu supaya berusaha mewujudkan budaya kerja cemerlang.

Katanya semangat kerja berpasukan menjadi teras kepada kestabilan organisasi di setiap jabatan dan syarikat yang seterusnya akan mewujudkan susana kerja yang harmoni dan bekerjasama. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan