Sharimah Kini Usahawan Berjaya

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kisah Sharimah Mohammad Nor pernah disiarkan dalam akhbar The Star pada 1972 dan pihak editorial sekali lagi melawatnya pada Isnin. Kini dia sudah mampu bergerak seperti insan normal yang lain.Foto THE STAR: RICKY LAI.
Kisah Sharimah Mohammad Nor pernah disiarkan dalam akhbar The Star pada 1972 dan pihak editorial sekali lagi melawatnya pada Isnin. Kini dia sudah mampu bergerak seperti insan normal yang lain.Foto THE STAR: RICKY LAI.

KLANG: Sama seperti ibu dan isteri yang lain, Sharimah Mohammad Noor bimbang tentang keselamatan anaknya terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat dan akan memastikan suaminya mendapat perhatian dan kasih sayang daripadanya.

Sering meluangkan masa dengan menyanyi bersama-sama empat anaknya ketika membawa mereka ke pusat membeli belah, Sharimah turut memasak makanan yang enak sekiranya anaknya membawa rakan untuk belajar dan bermain di rumah mereka.

Bukan itu sahaja, dia bersama tiga anak gadisnya dan suami Abu Bakar Mohd Ishak, 58, sering meluangkan masa dengan bersenam dan berkaraoke di rumah teres mereka yang terletak di Klang.

Ia merupakan satu kisah perjalanan yang panjang sejak ceritanya menjadi tajuk utama di akhbar mengenai kisah seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang sangat memerlukan sepasang kaki palsu.

Kini Sharimah bukan hanya memiliki kaki palsu malah dia mampu memandu kereta, menjalankan perniagaan cenderamata korporat serta kraftangan sendiri.

Tidak terhenti setakat itu malah dia turut memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang pendidikan.

Lincah, cergas dan bertenaga itulah yang dapat digambarkan mengenai usahawan berusia 49 tahun ini selepas berjaya mengejar apa yang diimpikannya selama ini.

Biarpun dilahirkan dalam keadaan cacat Sharimah tidak mudah putus harapan. Jika sebelum ini dilututnya seperti ada tunggul kayu dan hanya mampu bergerak dengan melutut sahaja namun semuanya kini sudah berubah apabila ia telah dibuang.

Ketika wartawan Shah A. Dadameah yang kali pertama bertemu dengannnya 40 tahun lalu di Balik Pulau, Pulau Pinang dia hanyalah seorang kanak-kanak yang hanya mampu bermimpi mahu tunggul di kakinya dibuang dan digantikan dengan sepasang kaki palsu untuk memudahkannya bergerak.

Pada Isnin, Pengarang Bersekutu The Star, Shah sekali lagi menjejaki Sharimah di kediamannya di Jalan Raja Uda Klang.

Kini dia mampu berdiri dan mengalu-alukan kedatangan mereka ke rumahnya yang menerapkan konsep Inggeris.

Mengimbas kembali sejarah empat dekad yang lalu, Sharimah berkata dia terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran yang getir sebelum dia mampu berdiri serta bergerak seperti insan normal yang lain.

Menceritakan detik awal dia mendapat kaki palsunya, Sharimah berkata semuanya bermula ketika melanjutkan pelajaran dalam bidang diploma Seni di Institut Teknologi Mara. Di situ juga dia bertemu dengan suaminya,

“Saya yakin saya mampu melakukan banyak perkara sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Saya sering mengingatkan anak-anak mengenai kesusahan yang dihadapi oleh orang lain serta insan seperti saya,” katanya.

Sharimah turut mengakui dia seorang ibu yang tegas terhadap empat anaknya, Noramalina, 23, Nur Aina Syakila, 19, Hayatul Nufus, 18 dan Muhafiyaasin, 13.

Sementara itu, Shah berkata dia mendengar kisah penderitaan Sharimah daripada guru Bahasa Inggeris di sekolahnya. Gurunya itu telah menceritakan penderitaan seorang pelajar pintar yang cacat di Sekolah Kebangsaan Pulau Betong.

Ketika ditanya oleh The Star, guru berkenaan, Ang Boon Keng berkata beliau boleh mendapatkan kaki palsu untuk gadis berkenaan.

Selepas itu, penjaga Sharimah, Mohammad Noor Karim berdoa supaya satu hari nanti hasrat Sharimah untuk mendapatkan kaki palsu akan tercapai.

“Semoga satu hari nanti Sharimah dapat berjalan, sama ada dengan kuasa Tuhan atau atas pertolongan murni sesiapa.”

Impian tersebut kemudiannya termakbul, apabila Sharimah bukan sahaja dapat berjalan malah dia dapat melanjutkan pelajaran, mempunyai perniagaan sendiri serta dikurniakan empat orang cahaya mata.

“Apa yang saya mahukan adalah sepasang kaki, keluar daripada cengkaman kemiskinan dan mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.

"Namun Tuhan telah mengurniakan saya lebih daripada itu dan saya sangat bersyukur kepadanya,” katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan