Penjaja Jalan Bukit Angkasa Dipindahkan Sebelum Pertengahan Tahun Depan

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Semua penjaja di Jalan Bukit Angkasa akan dipindahkan ke Pusat Penjaja Bazaria Pantai, Pantai Dalam sebelum pertengahan tahun depan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata pemindahan akan dilakukan secara berperingkat agar tidak menjejaskan pendapatan peniaga.

Langkah itu bagi memberi laluan kepada pembangunan yang dirancang di kawasan tersebut, selain mengatasi kesesakan di kawasan Pantai Dalam, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Raja Nong Chik berkata pembangunan di kawasan itu dilakukan secara teliti dan berperingkat agar tidak menjejaskan imej Bangsar South sebagai pusat perniagaan moden yang terletak berhampiran.

"Kemudahan di Pantai Dalam itu kita pertingkatkan dulu, dengan tidak menjejaskan peluang rezeki kepada penduduk dan penjaja di situ. Kita tidak boleh mengetepikan mereka yang berniaga di situ begitu lama. Mereka adalah daripada golongan berpendapatan rendah," katanya.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Wilayah Persekutuan Bagi Sektor Awam 2011, berkata seramai 81 penjaja telah menerima kunci dan tawaran berniaga di pusat penjaja itu selepas fasa pertama siap pada April lepas.

Seramai 76 lagi dijangka menerima kunci dan surat tawaran selepas fasa kedua siap pada November ini, katanya.

Pusat Penjaja Bazaria Pantai bernilai RM5.3 juta itu mempunyai 157 gerai yang mana fasa pertama dengan 117 gerai, sebuah surau, seunit tandas serta tempat buang sampah telah siap, manakala fasa kedua dalam pembinaan.

Peniaga yang memilih berniaga di situ akan dikenakan sewa pada kadar RM150 sebulan.

Mengulas perkembangan lain, Raja Nong Chik berkata kementeriannya sedang mengumpul pandangan orang ramai berhubung projek Transit Aliran Massa (MRT) untuk disalurkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan