Pelajar Malaysia Tidak Terlibat Pergaduhan Di Makassar

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pelajar Malaysia tidak terlibat dalam kejadian pergaduhan mahasiswa di Universiti Hasanuddin (UNHAS), Makassar, Sulawesi Selatan, yang berlaku petang ini dan telah dinasihatkan menjauhkan diri daripada kumpulan-kumpulan yang bersengketa.

Atase Pendidikan di Kedutaan Besar Malaysia di sini, Ludinata Misnun berkata semua pelajar Malaysia dilaporkan dalam keadaan selamat dan mereka menjauhkan diri daripada kawasan pergaduhan.

Seramai 68 mahasiswa baharu dari Malaysia mendaftar masuk di UNHAS pada awal bulan ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pergaduhan mahasiswa UNHAS, yang melibatkan dua kumpulan pelajar dari Fakulti Teknik (Kejuruteraan) dan Fakulti Sosial dan Politik berlaku pukul 2 petang ini dengan menyaksikan ratusan pelajar saling serang menyerang dengan menggunakan kayu dan melempar batu.

Pihak pentadbiran UNHAS percaya pergaduhan itu berpunca daripada masalah peribadi dan kejadian seperti itu dikatakan sering berlaku ketika mahasiswa baharu mendaftar masuk di UNHAS.

Polis dapat mengawal keadaan selepas dua jam kejadian. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan