PDRM Umum Pertukaran & Kenaikan Pangkat 13 Pegawai Kanan

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran serta kenaikan pangkat seramai 13 orang pegawai kanan polis berkuat kuasa semalam.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata Suruhanjaya Pasukan Polis Diraja Malaysia telah meluluskan pertukaran pegawai-pegawai kanan berkenaan.

Beliau berkata, Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (Pasukan Gerakan Khas) Bukit Aman Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim ditukar sebagai Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Khas/ Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa) Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

Ketua Penolong Pengarah (D8) Operasi Khas Bukit Aman SAC Datuk Abd Rashid Harun menjadi Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Khas) Bukit Aman, katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, Timbalan Komander 69 Komando Bukit Aman ACP Abd Manaf Abd Razak pula dinaikkan ke Ketua Penolong Pengarah D8 Operasi Khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Ramli berkata, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Kuala Lumpur ACP Abdul Hamid Mohd Ali dinaikkan ke Komander Pasukan Simpanan Persekutuan Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Ketua Cawangan Khas Melaka ACP Mohd Ab Rahman Harun pula ditukarkan ke Ketua Cawangan Khas Perak dengan memangku pangkat SAC manakala Timbalan Ketua Cawangan Khas (1) Melaka Supt Wan Ariffin Wan Ahmad menggantikan tempat Mohd Ab Rahman dengan memangku pangkat ACP.

Pegawai Turus E3G Cawangan Khas Bukit Aman Supt Susilah Kumarasingam ditukarkan ke Pegawai Turus E3E Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.

Sementara itu, Supritendan Ancaman, Ekstremis Politik Bahagian Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas Bukit Aman Supt Amirnordin Abd Ghani berpindah ke Timbalan Ketua Cawangan Khas (1) Johor dengan memangku pangkat ACP.

Ramli berkata, Pegawai Kebajikan Pasukan Jabatan Pengurusan Bukit Aman Supt Azizi Mat Aris dinaikkan ke Ketua Jabatan Pengurusan Kedah manakala Pegawai Turus (D9) Siasatan Khas JSJ Perak Supt Razarudin Husain.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan