Malaysia Cadang Dua Projek Minyak Di Brunei

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANDAR SERI BEGAWAN: Malaysia bercadang membangunkan dua projek berkaitan minyak dan gas di Brunei, yang djangka dapat memberi kesan positif terhadap pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara, selain mewujudkan peluang pekerjaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagi projek pertama, Petronas bercadang membina sebuah kompleks petrokimia di Brunei bersama syarikat BASF di Pulau Muara Besar, dan projek itu dijangka menelan pelaburan kira-kira US$1.6 bilion.

Beliau berkata projek kedua membabitkan cadangan memajukan sebuah limbungan fabrikasi di Brunei oleh Petronas menerusi anak syarikatnya Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad.

Katanya beliau telah memaklumkan mengenai kedua-dua cadangan itu kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah pada pertemuan mereka semalam, dan jika mendapat persetujuan Brunei, cadangan itu akan menjadi kenyataan.

"Kedua-dua projek itu akan memberi kesan positif terhadap kedua-dua negara, terutama peluang pekerjaan.

"Ia sekaligus membuktikan cadangan yang kami putuskan di peringkat tertinggi antara kedua-dua negara dapat dimanfaatkan untuk perkara yang positif kepada kedua-dua negara," katanya kepada pemberita Malaysia pada akhir lawatan beliau sempena rundingan tahunan bersama Sultan Brunei, di sini, Selasa.

Perdana Menteri berkata projek kompleks petrokimia itu dijangka mewujudkan kira-kira 650 peluang pekerjaan, dengannya produknya untuk pasaran eksport.

"Kita perlukan persetujuan Brunei dan penyertaan mereka dari segi ekuiti dalam kedua-dua projek," katanya.

Sementara itu, Najib berkata bagi blok CA1 dan CA2 yang diserahkan kepada Petronas untuk melakukan kerja-kerja cari gali, Petronas dijangka melakukan kerja-kerja penggerudian di kawasan CA2 hari ini.

Isu kedua-dua blok minyak itu pernah mencetuskan kontoversi tahun lepas apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan sebab kedua-dua blok itu bukan lagi kepunyaan Malaysia dan berkata kehilangan itu boleh mengakibatkan Malaysia mengalami kerugian sekurang-kurangnya US$100 bilion. Dr Mahathir mendakwa penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kedua-dua blok itu sebagai pertukaran bagi Limbang. Petronas bagaimanapun berkata syarikat minyak nasional itu telah dipelawa oleh Brunei untuk membangunkan dua kawasan penerokaan luar pesisir yang sebelum ini ditandakan sebagai Blok L dan M atas dasar persetujuan komersil.

Sementara itu, Najib berkata beliau turut berbincang mengenai peluang pelaburan Brunei dalam bidang pelancongan di Sabah dan penjanaan tenaga hidro di Sarawak. "Ini sedang dikaji Brunei untuk menentukan kemungkinan mereka menyertai projek penjanaan hidro elektrik untuk keperluan Sarawak dan Brunei," katanya.

Dalam bidang kewangan, khususnya perbankan Islam, Najib berkata beliau telah menyampaikan hasrat Malaysia kepada Sultan Hassanal Bolkiah supaya Brunei terlibat dalam bidang itu di Malaysia, dan secara prinsipnya Brunei menunjukkan minat berkerjasama dalam bidang perbankkan Islam.

"Butiran lanjut akan diumumkan kemudian. Pihak Brunei melihat kemungkinan terlibat dalam pembangunan perbankan Islam di Malaysia memandangkan Malaysia diperakui sebagai pusat perbankkan Islam dunia," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan