522 Mangsa Banjir Perlis Masih Berada Di Pusat Pemindahan - Berita Semasa | mStar

522 Mangsa Banjir Perlis Masih Berada Di Pusat Pemindahan

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Keadaan banjir di utara Perlis semakin pulih namun di sekitar Kangar masih bertahan sehingga pagi Selasa.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Perlis berkata jumlah mangsa yang masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan semakin berkurangan.

Sehingga kini, sebanyak 522 mangsa masih berada di 14 pusat pemindahan iaitu sembilan di Kangar, empat di Arau dan sebuah di Padang Besar.

Angka itu berkurangan berbanding 694 mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan malam Isnin.

Jumlah mangsa banjir dijangka terus berkurangan berikutan cuaca cerah hari ini.

Sementara itu, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu turut meninjau kawasan yang dilanda banjir hari ini serta melawat sekolah-sekolah yang digenangi air. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan