18 Kawasan Catat Udara Baik, 34 Sederhana Setakat 11 Pagi - Berita Semasa | mStar

18 Kawasan Catat Udara Baik, 34 Sederhana Setakat 11 Pagi

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga pukul 11 pagi ini menunjukkan 18 kawasan mencatatkan kualiti udara baik dan 34 lagi sederhana.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga melaporkan tidak ada kawasan merekodkan IPU tidak sihat.

Menurut laporan JAS menerusi laman webnya lima kawasan mencatatkan IPU paling rendah iaitu empat di Sarawak - Limbang (20), ILP Miri (21), Bintulu (22), dan Sarikei (23), serta Keningau di Sabah dengan bacaan IPU 22.

JAS berkata keadaan berjerebu dijangka berterusan selama beberapa hari lagi dan orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka selain bekerjasama memadamkan kebakaran kecil. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan