Syarikat Telekomunikasi Wajar Kurangkan Caj Perkhidmatan - MTUC

Diterbitkan: Isnin, 12 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada Isnin meminta sayarikat-syarikat telekomunikasi (telco) untuk menaiktaraf perkhidmatan mereka serta menurunkan kadar caj yang dikenakan, bukannya membebankan rakyat dengan mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan telefon pra-bayar.

Naib Presiden MTUC A. Balasubramaniam berkata adalah tidak adil bagi syarikat-syarikat berkenaan mengenakan cukai itu kepada pengguna sedangkan mereka dengan mudah boleh menyerapnya dan masih mengaut keuntungan besar.

Beliau mengulas mengenai langkah syarikat telco untuk mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan telefon pra-bayar mulai Khamis ini.

Minggu lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cadangan untuk mengenakan cukai itu tidak diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Balasubramaniam berkata cukai itu akan menjadi beban yang besar kepada pekerja biasa memandangkan mereka adalah golongan yang paling ramai menggunakan perkhidmatan telefon pra-bayar.

"Pekerja kini terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi dan dengan upah yang murah, oleh itu cukai tambahan pasti akan menambah beban kepada mereka," katanya.

Beliau mencadangkan sebagai warga korporat yang baik, syarikat telco boleh mengurangkan beban masyarakat dengan menyediakan caj panggilan yang murah dan liputan yang lebih luas. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan