Syarikat Telekomunikasi Tangguh Laksana Caj 6 % Telefon Prabayar

Diterbitkan: Isnin, 12 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat-syarikat telekomunikasi pada Isnin bersetuju menangguhkan caj cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadual dikuatkuasakan Khamis ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata persetujuan itu diputuskan secara bersama oleh empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini selepas mengadakan perbincangan bersama kementerian itu di pejabatnya di Angkasapuri di sini.

"Setelah mengadakan perundingan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi utama yang terlibat dengan isu cukai perkhidmatan, kesemuanya telah bersetuju supaya cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan kepada pengguna ditangguhkan dan tidak lagi dikuatkuasakan seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Perbincangan melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile berlangsung dalam suasana cukup baik, mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya kepada pemberita selepas perbincangan kira-kira sejam bersama wakil pengurusan tertinggi syarikat telekomunikasi itu.

Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom Datuk Shazalli Ramly, CEO Kumpulan Digi Henrik Clausen, CEO Kumpulan Maxis Sandip Das dan CEO U Mobile Dr Kaizad Heerjee.

Rais berkata penangguhan itu bagi membolehkan kajian semula dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat telekomunikasi berkenaan bagi menentukan bila perkhidmatan itu wajar dikenakan cukai serta kadar yang boleh dikenakan.

"Saya rasa lega bahawa mereka bersetuju untuk menangguhkannya dan kementerian akan membuat beberapa kajian tentang isu yang dibangkitkan seperti bila waktu terbaik bagi pengenaan cukai perkhidmatan dilaksanakan dan di paras mana pengguna perlu membayar sama ada pada ketika membeli kad prabayar pertama atau pada setiap kali membaharuinya," katanya.

Menurutnya semua perkara yang dibangkitkan itu akan dibawa kepada mesyuarat kabinet akan datang.

Sehubungan itu, beliau berharap isu cukai perkhidmatan itu tidak dibangkitkan lagi kerana syarikat telekomunikasi berkenaan sudah menangguhkan pelaksanaan caj itu.

Rais berkata bagi menghargai syarikat telekomunikasi yang membayar RM6 bilion melalui hasil cukai perkhidmatan kepada kerajaan sejak 1998 serta peranannya dalam memberikan perkhidmatan telekomunikasi kepada hampir 26 juta pengguna telefon prabayar di negara ini, beliau akan menyarankan agar kerajaan memberikan penghargaan atas sumbangan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan