Pengeluaran Minyak Sawit Menurun Pada Ogos - Dompok

Diterbitkan: Isnin, 12 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pengeluaran minyak sawit mentah Malaysia bagi bulan Ogos menurun sebanyak 84,066 tan atau 4.8 peratus berbanding bulan sebelumnya, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok.

Dompok berkata salah satu punca penurunan disebabkan musim perayaan apabila ramai penuai, terutama dari Indonesia, bercuti panjang.

Katanya negara mengeluarkan sebanyak 1,667,230 tan minyak mentah sawit pada bulan lepas berbanding 1,751,296 tan pada bulan sebelumnya.

Stok akhir minyak sawit Malaysia pada bulan Ogos sebanyak 1.89 juta tan (1,884,560 tan), menurun sebanyak 111,836 tan atau 5.6 peratus berbanding bulan Julai, kata Dompok.

"Penurunan stok minyak sawit pada Ogos disebabkan pengeluaran minyak sawit mentah sebanyak 84,066 tan, selain penurunan import sebanyak 36,190 tan atau 32.9 peratus," katanya pada sidang media di sini Isnin.

Beliau berkata eksport minyak sawit ke China juga menurun sebanyak 14.5 peratus atau 66,800 tan kepada 394,191 tan berbanding 460,900 tan pada bulan sebelumnya berikutan bekalan stok yang tinggi hasil daripada jumlah import yang tinggi pada bulan sebelumnya.

Begitu juga eksport minyak sawit ke Mesir menurun sebanyak 62 peratus atau 61,728 tan kepada 37,865 tan berbanding 99,593 tan pada bulan Julai berikutan import minyak kacang soya yang tinggi dari Brazil dan Argentina.

Bagaimanapun Dompok berkata harga Minyak Sawit Mentah (CPO) meningkat 0.9 peratus atau RM27 kepada RM3,114,50 pada bulan lepas berbanding RM3,087.50 pada bulan sebelumnya.

Sementara itu, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam satu kenyataan berkata keluaran CPO Semenanjung Malaysia pada Ogos susut 4.28 peratus kepada 923,605 tan berbanding 964,913 tan pada Julai.

Pengeluaran CPO Sabah pula turun 8.58 peratus kepada 500,727 tan berbanding 547,720 tan pada Julai manakala pengeluaran CPO Sarawak susut 1.77 peratus kepada 242,898 tan berbanding 238,663 tan pada bulan sebelumnya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan