MAB Sasar 34 Juta Penumpang Menjelang Hujung Tahun

Diterbitkan: Isnin, 12 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Sebanyak 34 juta penumpang dijangka menggunakan perkhidmatan penerbangan antarabangsa dan tempatan menjelang hujung tahun ini, kata Pengurus Besar Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd Muhammad Suhaimi Abd Mubin.

Beliau berkata sasaran dijangka meningkat berbanding 29 juta penumpang pada tahun lepas dan ia merangkumi kedua-dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Tambang Murah (LCCT).

"Dianggarkan 55 peratus daripadanya disumbangkan penumpang di KLIA sementara 45 peratus lagi di LCCT," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Malaysia Airports Holdings Berhad (MAB) di sini Ahad.

Muhammad berkata daripada 34 juta itu, 70 peratus daripadanya adalah penumpang antarabangsa dan selebihnya penumpang tempatan.

Beliau berkata setakat ini terdapat 50 syarikat penerbangan yang beroperasi di KLIA sementara 750 kapal terbang mendarat dan berlepas setiap hari. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan