Konsep Negara Kebajikan PAS Lain - Tuan Ibrahim

Diterbitkan: Isnin, 12 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Konsep Negara Berkebajikan yang diperjuangkan PAS adalah lain dari Umno dan PAS tidak menciplak idea tersebut untuk digunakan sebagai manifesto bagi meraih sokongan bukan Islam pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Umno masih berada di takuk lama apabila masih tidak dapat membezakan konsep 'kebajikan' dan 'berkebajikan' yang sebenar.

"Mereka kena tahu beza antara kebajikan dan berkebajikan. Umno mungkin amalkan konsep kebajikan.

"Tapi asas dan dasar PAS terhadap konsep negara berkebajikan ialah berpaksikan kepada akidah, akhlak, kepimpinan untuk kebahagiaan dunia dan akhirat," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Haron yang mendakwa manifesto PAS untuk pilihan raya umum akan datang adalah hasil sentuhan Umno sejak merdeka 54 tahun lalu.

Idris mendakwa PAS ketinggalan jauh apabila mahu menggunakan konsep kebajikan yang sudah diamalkan Barisan Nasional (BN) selama ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata PAS akan mengeluarkan dokumen khas yang mengandungi penjelasan berhubung Konsep Negara Berkebajikan dalam masa terdekat.

Menurutnya dokumen berkenaan akan menyenaraikan dengan terperinci pelaksanaan manifesto tersebut untuk dinilai oleh rakyat sebelum pilihan raya umum akan datang.

"Sekarang kita sedang mantapkan manifesto tersebut. InsyaAllah dalam masa terdekat PAS akan keluarkan dokumen khas berkenaan.

"Kita harap lepas ini semua rakyat akan memahami dengan lebih jelas pendirian sebenar PAS," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan