Isu Bukit Kepong: Hishammuddin Tolak Dakwaan Hadi, BN Cuba Perbesarkan Isu

Diterbitkan: Isnin, 12 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Ahad menolak dakwaan PAS kononnya Barisan Nasional (BN) sengaja memperbesar-besarkan isu Bukit Kepong untuk menutup "segala penipuan pilihan raya yang telah dirancang".

Dakwaan itu dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan dilaporkan dalam sebuah portal berita semalam. Menurut Hadi tindakan BN itu bertujuan memastikan kemenangannya dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Adalah tidak adil menuduh dan mempersalahkan BN kerana ia (kontroversi Bukit Kepong) ditimbulkan oleh pemimpin Pas sendiri," kata Hishammuddin kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bagan Datoh di sini, Ahad.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi itu bila beliau menyifatkan Mat Indera dan anggota komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai wira negara.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, rakyat boleh menilai tindakan pembangkang yang gemar menyerang pelbagai institusi negara semata-mata untuk gimik politik mereka.

Berhubung tindakan yang boleh diambil terhadap Mohamad Sabu atau Mat Sabu, Hishamuddin berkata Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak sesuai dikenakan kepada ahli politik selagi ia tidak mengancam keselamatan negara.

"Bila politik digunakan untuk memecah-belahkan perpaduan dan keselamatan negara, mereka merupakan pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Hishammuddin menegaskan sebarang tindakan akan ditentukan oleh Peguam Negara.

Sementara itu, anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyeru seluruh lapisan masyarakat terutamanya generasi muda mengambil iktibar terhadap sejarah kekejaman komunis yang menguasai Tanah Melayu dalam tempoh 14 hari selepas Perang Dunia Kedua.

Ahmad Shabery berkata, generasi muda hari ini malangnya tidak diingatkan dengan kekejaman pemerintahan komunis, iaitu Bintang Tiga.

"Bintang Tiga telah memerintah dengan kejam dalam tempoh 14 hari dan pada ketika itu, ada persediaan di kalangan Raja-Raja Melayu untuk menerima kembali kehadiran British selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Umno Bahagian Parit pada Ahad.

Pada majlis itu, Ahmad Shabery yang juga Menteri Belia dan Sukan turut melancarkan Jentera Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, Parlimen Parit dengan mengedarkan bendera Barisan Nasional (BN) sebagai gimik kepada parti komponen BN. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan