Najib Ulangi Janji Tidak Pinggirkan Pulau Pinang

Diterbitkan: Ahad, 11 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengulangi janji kerajaan Persekutuan untuk tidak meminggirkan Pulau Pinang dalam pembangunan walaupun negeri ini kini ditadbir oleh pakatan pembangkang.

Katanya perbezaan ideologi politik tidak akan menghalang kerajaan pusat daripada membantu rakyat Pulau Pinang.

"Kita akan teruskan pembangunan di Pulau Pinang seperti apa yang sedang dilaksanakan ketika ini... projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, pembinaan Jambatan Kedua dan Projek Empangan Mengkuang yang akan siap tidak lama lagi," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka di sini.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan barisan exco kerajaan negeri, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim serta pemimpin Barisan Nasional (BN).

Najib berkata kemajuan yang dikecapi oleh Pulau Pinang kebanyakannya hasil usaha kerajaan Persekutuan.

"Demi kepentingan rakyat, kita akan teruskan pembangunan," katanya.

Rumah terbuka yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu itu dihadiri lebih 25,000 orang. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan