Musa Ketepikan Cadangan Hadkan Tempoh Pegang Jawatan Ketua Menteri Kepada Dua Penggal

Diterbitkan: Ahad, 11 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengetepikan cadangan Presiden Barisan Bersatu Borneo (UBF) Datuk Dr Jeffrey Kitingan kepada Kerajaan Persekutuan supaya menetapkan satu dasar kebangsaan yang mengehadkan tempoh memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri, kepada hanya dua penggal.

"Mereka berhak menyuarakan pendapat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Parti Bersatu Sabah (PBS) di Dewan Maksak dekat sini Ahad.

Musa, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Jeffrey, bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini mengetuai badan bukan kerajaan iaitu UBF dan Yayasan Warisan Borneo, baru-baru ini dipetik sebagai berkata ingin menamatkan sistem yang diamalkan di negara ini sekarang yang membolehkan Perdana Menteri atau Ketua Menteri menjawat jawatan selama beberapa dekad.

"Kita seharusnya mencontohi negara-negara maju dan tidak mengikut jejak langkah negara yang mempunyai sejarah pemimpin berkhidmat terlalu lama," katanya.

Menurut bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri itu, jika seseorang pemimpin itu boleh digantikan setiap dua penggal, keseluruhan generasi tidak akan ketinggalan dalam proses membuat keputusan.

Sementara itu, Musa berkata rumah terbuka Hari Raya memberi peluang untuk saling kunjung mengunjung dalam kalangan anggota keluarga dan sahabat handai dalam semangat muhibbah. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan