Lee Lam Thye Cadang Hari Malaysia Diisytihar 'Hari Malaysia-Hari Perpaduan'

Diterbitkan: Ahad, 11 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye hari ini mencadangkan agar Hari Malaysia diisytihar sebagai 'Hari Malaysia - Hari Perpaduan' bagi mencerminkan aspirasi semua rakyat Malaysia untuk sebuah negara yang bersatu padu.

"Memandangkan kita akan merayakan hari pembentukan Malaysia yang ke-48 tidak lama lagi bersama-sama Hari Kemerdekaan ke-54, adalah wajar kita memberi tumpuan dan perhatian kepada aspek membina dan memperkukuhkan perpaduan di kalangan penduduk kita yang berbilang kaum," katanya dalam kenyataan di sini Ahad.

Beliau turut meminta rakyat Malaysia untuk menjadikan Sabah, Sarawak dan semenanjung Malaysia lebih dekat dalam semangat integrasi serantau dan perpaduan negara dalam 1Malaysia.

"Hari Malaysia harus menjadi kuasa penyatuan untuk membawa rakyat pelbagai bangsa bersama-sama mencapai matlamat yang sama dan untuk kejayaan negara.

"Rakyat Malaysia perlu menerima satu sama lain sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama dan mesti bangga untuk memperkenalkan diri mereka sebagai rakyat Malaysia dahulu, kerana pengenalan seumpama itu akan memupuk semangat patriotisme dan membangunkan perpaduan," katanya.

Lee yang juga naib presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berkata walaupun hubungan antara kaum di negara ini baik, rakyat Malaysia tidak seharusnya memandang ringan perkara-perkara berkaitan hubungan antara kaum dan agama.

Beliau berkata rakyat Malaysia perlu sentiasa prihatin mengenai sensiviti agama dan budaya demi keharmonian antara kaum.

"Proses mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu adalah berterusan, dan apa yang telah dicapai sehingga kini perlu dipupuk dan diperkukuh," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan