JLKN Perkenal Modul I-Smart Bantu Pelatih Kuasai 3M

Diterbitkan: Ahad, 11 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) memperkenalkan modul I-SMART tahun ini bagi membantu pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang gagal menguasai kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis) menguasai kemahiran itu dalam masa 85 hari mereka berada di kem PLKN.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata modul itu diperkenalkan setelah JLKN mengesan ada pelatih PLKN kumpulan ketiga siri 7/2010 tidak boleh mengenal huruf, membaca dan menulis.

"JLKN mengesan kira-kira 1,000 orang daripada 11,000 pelatih kumpulan ketiga siri tujuh itu (tahun lepas) yang bukan sahaja langsung tidak boleh membaca, menulis malah menunaikan solat.

"Ekoran itu, JLKN dengan kerjasama Kementerian Pelajaran mewujudkan modul ini bagi membantu pelatih berkenaan dapat membaca, menulis dan mengira selepas keluar dari kem PLKN kelak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelepasan Pelatih PLKN Kumpulan 3 Siri 8/2011 di sini Ahad.

Turut hadir Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Abd latiff berkata modul khas itu tidak akan mengganggu perjalanan keseluruhan modul sedia ada di kem PLKN memandangkan ia diajar hanya kepada pelatih yang dikesan menghadapi masalah 3M oleh seorang jurulatih khas di setiap kem.

"Ini bermakna 30 jurulatih disediakan bagi mengajar pelatih itu yang mempunyai 30 jam kredit dalam masa 85 hari mereka di kem PLKN," katanya.

Berhubung hasrat Institut Akhbar Malaysia (MPI) menganjurkan kursus khas bagi mempersiapkan petugas media dengan kemahiran bertugas di zon konflik, beliau berkata Kementerian Pertahanan menyambut baik cadangan itu dan mengalu-alukan kerjasama dengan MPI.

"Kita tak boleh nak elak takdir, kalau perkara itu nak jadi (kemalangan) jadi jugak, tapi seelok-eloknya biarlah kita pergi ke kawasan itu (zon konflik) dengan persiapan yang lengkap," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MPI Datuk Chamil Wariya berkata kursus intensif itu dicadangkan selepas kematian jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor, 39, akibat terkena peluru sesat minggu lepas ketika membuat liputan misi kemanusiaan membantu mangsa kebuluran di Somalia anjuran Kelab Putera 1Malaysia.

Terdahulu, seramai 19,418 pelatih PLKN berlepas ke tujuh kem PLKN di seluruh negara dengan menaiki 307 buah bas. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan