Golongan Muda Diseru Ceburi Bidang Agro Makanan

Diterbitkan: Ahad, 11 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Lebih ramai golongan muda digalak menceburi bidang agro makanan sebagai persediaan berdepan krisis makanan dunia yang diramal berlaku pada 2050, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata pembabitan golongan itu perlu sebagai pelapis kepada petani sedia ada bagi memastikan aktiviti pertanian dapat diteruskan dan mempunyai kesinambungan.

"Jika tidak ada kesinambungan aktiviti pertanian, terutamanya dalam bidang agro makanan seperti buah-buahan serta sayur-sayuran, bekalan akan berkurangan sekaligus menimbulkan masalah apabila pada masa yang sama, jumlah penduduk sentiasa bertambah dari tahun ke tahun.

"Begitu juga dengan masalah tanah yang semakin berkurangan kerana ramai pemilik tanah memilih untuk terbabit dalam penanaman kelapa sawit misalnya, atau menukar status tanah untuk pembinaan rumah," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Penuaian Rock Melon Usahawan Tani Siswazah di sini Sabtu.

Noh berkata terdapat 298,000 hektar tanah di negara ini yang terbabit dalam aktiviti agro makanan, dan dijangka berkurangan sehingga 8,000 hektar dalam tempoh lima tahun.

Katanya, golongan muda yang berminat boleh mendapatkan pinjaman modal perniagaan sehingga RM50,000 melalui Agro Bank atau Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) tanpa penjamin.

Noh turut mengambil contoh Irfahmi Md Saad, 29, anak jati Kapar dan graduan perakaunan dari Dublin Business School yang memilih untuk berhenti kerja serta menceburkan diri sebagai usahawan tani rock melon.

"Kita mahu anak muda seperti ini terbabit dalam bidang agro makanan kerana mempunyai ilmu serta jalinan untuk meluaskan perniagaan sehingga ke luar negara," katanya.

Pada majlis itu, beliau mengumumkan pinjaman RM10,000 kepada Irfahmi bagi membantu anak muda tersebut mengusahakan ladang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan