Beberapa Kawasan Rendah Di Perlis Mula Dinaiki Air

Diterbitkan: Ahad, 11 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Beberapa kawasan rendah di Perlis mula dinaiki air pada Ahad susulan hujan lebat sejak tiga hari lepas.

Tinjauan Bernama mendapati antara lokasi yang kini dilanda banjir ialah Beseri dan Bintong, namun setakat ini belum ada penduduk di kampung kawasan terbabit dipindahkan.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu yang ditemui di sini, berkata kerajaan negeri telah membuka bilik gerakan banjir di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ketika dihubungi Bernama memberitahu pihaknya telah membuka empat pintu Empangan Timah Tasoh pada tengah hari ini dan paras air pula ialah pada 29.18 meter, berbanding paras bahaya 29.80 meter.

Sementara, cuaca hujan tidak menghalang majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri di negeri ini, termasuk rumah terbuka anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan Bintong di sini yang turut dihadiri Md Isa.

Turut mengadakan rumah terbuka pada Ahad ialah anggota dewan undangan negeri (Adun) kawasan Santan, serta wakil rakyat kawasan Sena.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan