MIC Sedia Tukar Kerusi Dengan Parti Komponen BN - Palanivel

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: MIC sedia untuk bertukar kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain pada pilihan raya umum akan datang, kata presidennya Datuk G. Palanivel.

Beliau berkata parti itu bersedia untuk bertukar mana-mana kerusi jika mempunyai sebab kukuh untuk berbuat demikian dan sekiranya ia boleh membantu B Nmemenangi kerusi itu.

"Kami tidak akan menyerahkan kerusi milik kami tetapi bersedia untuk berbincang mengenai pertukaran kerusi dengan parti komponen BN yang lain," katanya kepada pemberita selepas melancarkan seminar teknologi maklumat dekat sini, Sabtu.

Palanivel berkata parti itu diperuntukkan sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum lepas, pada 2008.

Parti itu menang tiga kerusi Parlimen dan tujuh kerusi negeri.

Beliau berkata persediaan kini dibuat untuk merampas kembali semua kerusi yang parti itu kalah.

Palanivel, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menasihatkan semua pengerusi cawangan MIC untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan ICT terkini bagi menjawab segala dakwaan yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab terhadap parti itu melalui internet.

Beliau berkata pengerusi cawangan juga perlu memastikan laman web mereka sentiasa aktif dalam usaha memberi maklum balas kepada aduan orang ramai dan sebagainya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan