Konsep Negara Berkebajikan Manifesto PAS Pada PRU-13

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konsep Negara Berkebajikan akan dijadikan sebagai manifesto rasmi PAS pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata parti itu tidak gentar untuk menangkis sebarang bentuk serangan daripada Barisan Nasional (BN) yang didakwa menggunakan pelbagai taktik untuk mengekalkan kuasa mereka.

"Kita anjurkan 'Konvensyen Negara Berkebajikan' yang merupakan tema muktamar untuk dipanjangkan bagi menghadapi pilihan raya umum.

"Ini menunjukkan PAS bersungguh-sungguh untuk menghadapi pilihan raya umum walaupun kita dibayangi maklumat yang mendukacitakan di mana ada perancangan untuk melakukan penipuan yang lebih besar pada pilihan raya umum akan datang," katanya pada sidang media selepas merasmikan ‘Konvensyen Negara Berkebajikan’ di Markas Tarbiyah PAS di Taman Melewar, Gombak pada Sabtu.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut mendakwa BN sengaja membangkitkan isu-isu yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat bagi membuatkan mereka lupa tentang usaha mengembalikan demokrasi di negara ini.

"Mereka nak tutup isu penipuan pilihan raya dengan isu-isu yang sengaja dibangkitkan untuk menggelegakkan perasaan rakyat supaya lupa isu sebenar iaitu untuk menghidupkan dan memulihkan proses demokrasi," katanya.

Justeru, beliau menggesa kerajaan tidak menggunakan 'gula-gula politik' yang bersifat sementara kerana ia tidak akan mampu menyelesaikan masalah sedia ada.

"PAS menasihatkan kerajaan jangan menggunakan ‘gula-gula’ sementara kepada rakyat untuk menghentikan tangisan. Bila habis gula-gula, kita ditipu lagi, lepas itu sambung lagi, tak selesai masalah.

"Oleh itu, kerajaan mesti sungguh-sungguh menyelamatkan negara dengan menghidupkan demokrasi sebenar dan PAS sungguh-sungguh nak masuk pilihan raya," tegasnya.

Jelasnya, konvensyen yang diadakan itu akan menggerakkan jentera parti khususnya penerangan parti bagi menyalurkan maklumat mengenai konsep negara berkebajikan kepada rakyat.

"PAS gerakkan jentera parti di seluruh negara pada hari ini supaya membawa mesej konsep negara berkebajikan yang kita nak kenalkan kepada rakyat yang diselaraskan bersama Pakatan Rakyat.

"Kita mahu jentera parti dapat memahami hasrat dan konsep negara kebajikan supaya ia dapat disampaikan secara jelas kepada rakyat," katanya.

Konvensyen anjuran Lajnah Penerangan PAS tersebut melibatkan seluruh jentera penerangan dari setiap negeri.

Dalam perkembangan lain, mengenai pembahagian kerusi PAS dan Pakatan Rakyat menjelang PRU13, Abdul Hadi berkata beliau menyerahkan perkara tersebut kepada pimpinan parti di peringkat negeri untuk menentukannya.

"Mengenai penambahan kerusi PAS pun kita serahkan kepada perbincangan antara kepimpinan PAS untuk berbincang dan pimpinan Pakatan Rakyat di negeri masing-masing.

"Setakat ini kita belum dapat apa-apa maklumat daripada mereka mengenai pembahagian kerusi tersebut,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan