SPRM Minta Agensi Kerajaan Kurangkan Birokrasi Tangani Rasuah

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Semua agensi kerajaan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta mempertingkatkan cara pengurusan serta mengurangkan karenah birokrasi bagi mengelak gejala rasuah pada kalangan warga mereka.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Sutinah Sutan berkata perkhidmatan yang lembab boleh mendorong orang ramai mengambil jalan mudah dengan memberi rasuah bagi menyegerakan urusan mereka.

"Contohnya jika sesuatu permohonan hanya mengambil masa 40 minit, jenayah rasuah mungkin susah hendak berlaku, namun jika permohonan itu sehingga tiga bulan maka rasuah mungkin boleh berlaku," katanya kepada pemberita, di sini, Jumaat.

Beliau ditemui selepas Majlis Pelancaran Jawatankuasa Bersama Mencegah Jenayah Rasuah Majlis Perbandaran Kuantan ((MPK) dan SPRM yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Pahang Datuk Hoh Khai Mun, Pengarah SPRM Pahang Moh Samsudin Yusoff dan Yang Dipertua MPK Datuk Zulkifli Yaacob.

Mengulas lanjut, Sutinah berkata agensi kerajaan juga harus menjawab setiap aduan yang dikemukakan agar pelanggan berpuas hati selain mengelak persepsi negatif masyarakat.

"Jika dibiarkan (aduan) orang awam mungkin akan menganggap berlakunya penyelewengan dan rasuah di dalam agensi yang terbabit," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan