Ops Sikap ke-24: Labuan Rekod Kemalangan Terendah

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Berbanding negeri-negeri lain, Labuan masih merekodkan kadar kemalangan terendah dalam Ops Sikap setiap tahun.

Ketua Polis Labuan, Supt Saiman Kasran memberitahu Bernama hari ini, dalam Ops Sikap ke-24 dari 23 Ogos hingga 6 September, tiada kemalangan maut dan parah di catatkan di pulau bebas cukai ini. "Hanya 28 kes melibatkan kemalangan ringan dilaporkan," katanya.

Saiman berkata sepanjang dua minggu Ops Sikap dijalankan, 223 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya di Labuan. "Meskipun kadar kemalangan jalan raya di seluruh negara meningkat dalam Ops Sikap kali ini, Labuan tidak memperlihatkan pertambahan, berbanding tahun sebelumnya, malahan berlaku penurunan yang kita anggap sebagai satu pencapaian," katanya. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan