MB Terengganu Beri Amaran Pelajar Tajaan Jangan Libat Politik

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said pada Khamis memberi amaran kepada pelajar tajaan kerajaan negeri yang menuntut di luar negara supaya memberi perhatian kepada pelajaran mereka dan tidak terbabit dalam politik.

"Saya bagi amaran awal-awal, kita tidak akan bertolak ansur dalam hal ini kerana kita beri mereka biasiswa untuk belajar dan bukan terbabit dalam politik," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan pelajar luar negara dan penyampaian wang pendahuluan dari Yayasan Terengganu (YT) di sini.

Jika mereka tidak mahu belajar, kerajaan boleh memberi peluang itu kepada pelajar-pelajar lain, katanya.

Katanya ada pemimpin politik pembangkang yang pergi ke luar negara dan menghasut pelajar Malaysia supaya menentang kerajaan.

Ahmad berkata, kerajaan negeri memberikan biasiswa dan bantuan pelajaran bagi membolehkan pelajar membantu keluarga dan berkhidmat untuk negara apabila tamat pengajian kelak dan bukannya bertindak menentang kerajaan.

"Kita tidak kisah sama ada dia nak jadi calon pembangkang ke atau menyertai mana-mana parti politik asal dia mendapat kejayaan cemerlang dulu dalam bidang pelajaran," katanya.

Ahmad berkata kerajaan telah memperuntukkan lebih RM4 juta untuk memberi wang pendahuluan melalui yayasan itu tahun ini kepada 96 orang pelajar bagi melanjutkan pengajian di seberang laut.

Katanya sebahagian besar daripada pelajar itu akan belajar di Jordan manakala yang lain di Rusia dan United Kingdom. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan