Majlis Profesor Perjelaskan Isu Pejuang Kemerdekaan

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Majlis Profesor Negara (MPN) menyifatkan komunis dan golongan berhaluan kiri di Tanah Melayu tidak layak diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan sebaliknya sebagai penderhaka kerana cuba menghapuskan sistem kerajaan Melayu yang dilindungi British untuk menggantikannya dengan negara republik komunis.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya MPN, Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, golongan nasionalis Melayu yang pada asalnya ingin memerintah di Tanah Melayu telah bersekongkol dan bersubahat dengan parti komunis untuk merealisasikan hasrat itu.

"Jadi kita tidak menerima itu sebagai perjuangan kerana mereka ingin merampas kuasa secara tidak sah," katanya pada sidang akhbar bersama Pengerusi MPN Prof Emiritus Datuk Dr Zakri Abdul Hamid dan anggota-anggota jawatankuasa MPN di sini, Jumaat.

Ia bagi menjawab dakwaan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, pada 21 Ogos lepas yang menyifatkan pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor sehingga mengorbankan 25 anggota polis dan keluarga mereka pada 1950 sebagai wira.

Ini kerana, kata Mat Sabu, anggota polis terbabit adalah pasukan keselamatan yang bekerja dengan penjajah British.

"Mat Sabu ada mengatakan mengenai persoalan penjajahan di Tanah Melayu kononnya pegawai-pegawai polis di Bukit Kepong adalah polis British dan Datuk Onn (Jaafar) dan Tunku Abdul Rahman adalah pegawai British...bermakna beliau sentuh isu berkenaan masalah penjajahan (di Tanah Melayu)," kata Zainal.

Beliau berkata, dakwaan Tanah Melayu terjajah selama 400 tahun adalah tidak benar sebaliknya Tanah Melayu hanya dijajah selama dua tahun iaitu semasa zaman Malayan Union pada awal tahun 1946 hingga akhir tahun 1947 dan semasa zaman Jepun.

Menurutnya hanya tiga negeri di Tanah Melayu yang dijajah iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang, manakala negeri-negeri Melayu yang lain, statusnya adalah negeri yang dilindungi.

Zakri pula berkata, sebagai sebuah badan yang mewakili 1,600 profesor di institusi pengajian tinggi, MPN hanya ingin memperbetulkan sebarang fakta atau takrif yang berkemungkinan tidak tepat dan tidak akan memberikan respons dalam konteks politik.

Katanya, MPN bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris akan menganjurkan bengkel dijangka pada Oktober ini bagi membincangkan isu seperti yang didakwa oleh Mat Sabu itu.

Ia akan disertai tokoh sejarah dari dalam dan luar negara dan hasil penjelasan itu akan dimaklumkan kepada masyarakat.

Anggota jawatankuasa MPN, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam menasihatkan orang ramai yang keliru dengan fakta sejarah supaya mencari sumber yang betul termasuk membaca buku-buku yang diiktiraf dan bukan hanya mempercayai apa yang ditulis dalam internet.

"Apa yang timbul kontroversi sekarang ini bukan salah fakta sejarah tetapi orang yang menafsir itu, yang mempunyai agenda tertentu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan