KLIA2 Bermula

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jejantas pejalan kaki sejauh 300 meter bakal menjadi daya penarik utama di KLIA .
Jejantas pejalan kaki sejauh 300 meter bakal menjadi daya penarik utama di KLIA .

SEPANG: Penumpang yang menggunakan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) 2 akan berpeluang berjalan menggunakan jejantas udara laluan pejalan kaki sejauh 300 meter untuk melihat pemandangan bangunan satelit serta menyaksikan kapal terbang berlepas di terminal tambang murah tersebut yang dijangka siap sepenuhnya tahun depan.

Jejantas yang pertama di Asia ini merupakan salah satu ciri unik yang terdapat di terminal tambang murah yang baru dibina dengan kos sebanyak RM 2.8 bilion.

Dijangka siap dalam tempoh 13 bulan, KLIA 2 juga bakal dilengkapi dengan pusat membeli belah terbesar di negara ini.

Dengan keluasan 7,000 kaki persegi ruang membeli belah ia juga bakal menjadi pusat beli belah terbesar di lapangan terbang rantau ini.

KLIA 2 hanya terletak 1.5 kilometer dari KLIA berbanding 11 kilometer jarak antara terminal utama dan Terminal Pesawat Tambang Murah (LCCT) sedia ada.

Pengurus besar pembinaan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), Mohd Zaifuddin Idris berkata, pelanggan yang menggunakan jejantas udara itu akan menikmati pengalaman melepasi kapal terbang di luar berbanding dengan pengalaman penumpang yang menggunakan aerotrain di KLIA untuk ke bangunan satelit di sana.

Katanya, keadaan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) yang dibina sebagai terminal sementara itu menjadi semakin sesak.

Menjelang hujung tahun ini, muatan pengunjung yang sepatutnya memuatkan lebih 15 juta pengunjung setahun dijangka akan meningkat kepada 18 juta.

Mohd Zaifuddin berkata pembinaan KLIA2 kelak akan dapat menampung lebih 30 juta penumpang.

“KLIA2 dijangka siap pada Oktober 2012. Ia sudah 42 peratus siap tetapi lingkaran ERL masih belum dibina lagi. Buat masa ini, kita masih belum pasti apa yang hendak dilakukan dengan LCCT selepas ini,” katanya.

Tiga buah hotel juga dijangka akan dibina di kawasan tersebut termasuk Tune Hotel.

“KLIA2 akan menawarkan kira-kira empat ribu peluang pekerjaan dan juga kawasan beli-belah kepada para penduduk di Sepang.

“Ia akan memberikan pengalaman berbeza untuk orang ramai apabila berpeluang membeli-belah di dalam terminal lapangan terbang,” katanya lagi.

Pembangunan secara besar-besaran di KLIA2 itu juga akan membawa perubahan sepenuhnya pada draf plan landskap kawasan di bawah kelolaan Majlis Perbandaran Sepang itu menjelang 2020.

Kawasan seluas 10km persegi yang menempatkan KLIA kini akan diubah daripada zon pengangkutan saja sebelum ini kepada kawasan pembangunan bercampur yang meliputi operasi lapangan terbang, pusat komersial, pusat pelancongan antarabangsa, kawasan rekreasi dan kawasan hijau.

Selain itu, pembangunan yang dirancang itu juga akan memberikan kesan kepada kawasan persekitarannya termasuklah cadangan untuk mengubahnya daripada tapak pertanian kepada kawasan industri atau komersial.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan