Kenyataan Mat Sabu Boleh Dianggap Satu Hasutan - Hanif Omar

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menganggap seorang komunis seperti Mat Indera sebagai wira merupakan satu kenyataan yang bersifat hasutan. Beliau berkata, Mohamad atau Mat Sabu perlu disiasat kerana menghasut berikutan kenyataannya yang boleh membawa implikasi besar dan menghuru-harakan negara.

"Kalau (sejarah negara) yang telah berlaku begitu lama ini dianggap tidak sah, (maka) kerajaan ini dan juga Perlembagaan juga tidak sah... ini merupakan satu hasutan. Besar implikasinya," katanya kepada pemberita selepas menjadi ahli panel dalam Wacana Merdeka bertajuk "Peristiwa Bukit Kepong: Siapa Wira Sebenar" di sini, Jumaat.

Turut menjadi anggota panel pada wacana itu ialah bekas Ketua Polis Perak, Tan Sri Yuen Yuet Leng, pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim dan Profesor Datuk Dr Ramlah Adam dari Universiti Teknologi Mara.

Hanif berkata, Mat Sabu perlu berani membuktikan dakwaan bahawa anggota pasukan keselamatan dalam tragedi Bukit Kepong itu bekerja untuk British.

"Dia ingin menterbalikkan sejarah... buktikanlah... misalnya (dakwaan) kami ini polis British," katanya.

Beliau berkata, Mat Sabu sepatutnya dipanggil untuk memberi keterangan dan disiasat mengapa kenyataan itu dikeluarkan olehnya.

"Adakah kerana pengetahuan dia mengenai sejarah terlalu cetek ataupun adakah dia buta sejarah. Jika inilah alasannya, dia harus diajar (tentang sejarah). Tetapi setelah diajar, dia masih bercakap perkara sama, jika saya masih berada di sana (dalam polis), saya sudah tangkap dia," katanya.

Sementara itu, Yuen, yang banyak menghabiskan masanya mempertahankan negara daripada serangan komunis dan penjenayah sepanjang perkhidmatan beliau dalam pasukan polis, turut mengesa supaya siasatan segera dilakukan terhadap Mat Sabu.

"Apabila dia sudah mula membuat kenyataan menyokong komunis, polis mesti siasat," katanya.

Beliau berkata, Cawangan Khas mempunyai maklumat lengkap mengenai pergerakan dan latar belakang Ahmad Indera atau Mat Indera, Abdullah CD dan Ahmad Boestaman berhubung kegiatan serta perancangan mereka untuk melakukan serangan senjata.

"Pada saya, sudah sampai masanya Cawangan Khas mendedahkan segala maklumat mengenai mereka supaya masyarakat tahu siapa mereka ini," katanya lagi. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan