Kelab MyAgrosis Diwujud Di IPTA - Noh Omar

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Kelab MyAgrosis akan diwujudkan di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk menggalakkan graduan menceburi sektor pertanian moden, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata kementeriannya sedang mengenal pasti kawasan di IPTA bagi memulakan program tersebut secara sistematik dan berskala besar.

Hasil perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi mendapati terdapat banyak tanah di IPTA yang masih belum dibangunkan dan ia akan digunakan untuk pembangunan pertanian, katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra bersama pelajar baru Universiti Putra Malaysia di sini, Khamis.

"Melalui MyAgrosis, pelajar diberikan latihan dan pendedahan menyeluruh mengenai penanaman, penternakan dan pemprosesan makanan menggunakan teknologi moden dan terkini serta kaedah pemasaran.

"Pendedahan ini penting bagi siswazah untuk memilih dan mengusahakan sektor pertanian sebagai kerjaya yang menguntungkan selepas mereka menamatkan pengajian nanti," katanya.

Noh berkata bagi menjayakan program itu satu perjanjian persefahanam akan ditandatangani bersama Kementerian Pengajian Tinggi pada Disember nanti.

Sebagai permulaan, katanya MyAgrosis akan dimulakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Merbok, Kedah bulan depan dengan melibatkan 140 pelajar yang akan mengusahakan ternakan ikan dan pemprosesan makanan.

Beliau berkata Agrobank juga bersetuju untuk menyediakan dana sebanyak RM10 bagi menjayakan MyAgrosis.

Dalam pada itu, Noh meminta graduan merebut peluang sempena Karnival Kerjaya Sektor Pertanian selama dua hari dari 17 dan 18 Sept ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Katanya lebih 8,000 peluang perkerjaan dalam sektor pertanian melibatkan industri tanaman, ternakan, perikanan tangkapan, akuakultur dan pemprosesan makanan ditawarkan di karival berkenaan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan