Cybersecurity Malaysia Perkenal Garis Panduan Baru Bagi Laman Sosial

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: CyberSecurity Malaysia memperkenalkan garis panduan Internet yang baru, dikenali sebagai Amalan Terbaik Bagi Laman Perangkaian Sosial (SNS).

CyberSecurity Malaysia merupakan pusat pakar keselamatan siber negara dan agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Prof Datuk Husin Jazri berkata tujuan mewujudkan garis panduan berkenaan ialah bagi membantu pengguna SNS, sama ada organisasi atau individu untuk memahami "bahagian tidak baik" SNS.

"Dengan memahaminya, pengguna boleh mengetahui dengan baik apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di samping menikmati faedah menggunakan SNS. "Amalan terbaik digunakan sebagai amalan yang diterima yang menyokong SNS dengan lebih etika serta melindungi keperluan keselamatan pengguna dan individu," katanya.

Husin berkata kekurangan kesedaran di kalangan pengguna dari segi ancaman, ketidaktentuan dan risiko boleh membawa kepada kawalan yang kurang baik dan pengurusan penggunaan SNS serta keperluan untuknya.

Sehingga Ogos tahun ini, sebanyak 625 insiden berkaitan dengan laman perangkaian sosial dilaporkan kepada CyberSecurity Malaysia melalui Pusat Bantuan Cyber999 berbanding tempoh yang sama pada 2010, yang mencatatkan 124 insiden. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan