Chor Nafi Pengerusi MCA Kedah Letak Jawatan

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Penasihat MCA Kedah Datuk Chor Chee Heung hari ini menafikan desas-desus bahawa Pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew meletak jawatan.

"Ya...saya ada dengar perkara ini (letak jawatan) tetapi ia tidak benar. Saya ada menghubungi Chong dan beliau tergelak apabila ditanya mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita di sini. Beliau yang ditemui selepas menyampaikan wang bantuan kepada 39 pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan kawasan Dewan Undangan Negeri Kota Darulaman dan Bakar Bata di sini, diminta mengulas khabar angin peletakan jawatan Chong yang disiarkan akhbar berbahasa Mandarin baru-baru ini.

Chor yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata isu itu mungkin disebar pihak tertentu yang tidak senang hati dengan Chong.

Mengulas lanjut, Chor berkata semua pihak dalam MCA termasuk pengerusi bahagian di Kedah berpuas hati dengan Chong kerana mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang turut hadir pada majlis tersebut berkata hubungan Chong dengan rakan-rakan dalam Barisan Nasional Kedah adalah baik.

"Beliau (Chong) adalah seorang pemimpin yang senang didekati dan membantu mewujudkan perpaduan antara kaum selain telah melaksanakan pelbagai program untuk masyarakat," kata Ahmad Bashah. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan