Usaha Kerajaan Baiki Sistem Penyampaian Berjaya:KSN

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Usaha kerajaan memperbaiki sistem penyampaian sejak beberapa tahun lepas telah menjadikan negara lebih kompetitif dan mampu menyelesaikan pelbagai masalah tertangguh dalam tempoh singkat.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata antara yang berjaya dilakukan hasil daripada penambahbaikan kerajaan ialah menambah baik sistem kehakiman negara.

"Tiga hingga empat tahun lepas banyak kes tertunggak di Mahkamah Persekutuan, Tinggi, Sesyen dan Majistret, bagaimanapun hasil penambahbaikan kita telah berjaya menyelesaikannya (kes) dan sekarang hanya tinggal 10 peratus saja (kes tertungak).

"Selain itu, kajian Bank Dunia yang dikeluarkan baru-baru ini turut memberi pengiktirafan kepada kemajuan yang kita capai. Inilah hasil penambahbaikan sistem penyampaian yang kita lakukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Biologi Kimia Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, Khamis.

Turut hadir pada majlis itu, Naib Canselor USM, Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

Terdahulu, Mohd Sidek menyampaikan syarahan khas mengenai cabaran untuk melakukan sesuatu di luar kebiasaan kepada 3,883 pelajar baru USM sempena Majlis Sambutan Siswa Sidang Akademik 2011/2012.

Sementara itu, Mohd Sidek turut mengesa Institut Pengajian Tinggi di negara ini meningkatkan sistem penyampaian masing-masing dan keluar daripada kebiasaan seperti yang dilakukan USM.

Katanya hasil lawatan ke USM pada Khamis, beliau mendapati universiti itu mampu menjalankan kerja-kerja secara kompetitif dan inovasi yang luar daripada kebiasaan.

"USM ada orang yang berkemampuan dan mampu serta mahu menjalankan kerja-kerja mencabar yang menjadikannya lebih kompetitif, inilah persekitaran yang kita mahu.

"Kalau boleh, saya mahu supaya IPT awam dan swasta turut mencontohinya, tetapi bukan hanya dalam bidang penyelidikan atau kajian semata-mata tetapi mencakupi bidang lain juga," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan