Tunku Abdul Rahman Tidak Jadi PM Kalau Ikut Referendum - Mat Sabu - Berita Semasa | mStar

Tunku Abdul Rahman Tidak Jadi PM Kalau Ikut Referendum - Mat Sabu

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi terbaru apabila berkata Tunku Abdul Rahman tidak akan menjadi Perdana Menteri pertama sekiranya satu referendum dibuat selepas negara mencapai kemerdekaan.

Sebaliknya menurut beliau, pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Dr. Burhanuddin Al-Helmy pasti akan dipilih oleh rakyat sebagai Perdana Menteri ketika itu.

Bagaimanapun jelas beliau, perkara berkenaan tidak terjadi kerana pejuang sayap kiri untuk mencapai kemerdekaan kebanyakkannya menjadi buruan pihak British.

"Kalau dibuat referendum antara Tunku Abdul Rahman, (pengasas Umno) Datuk Onn (Jaafar) dan (pemimpin kiri) Burhanudin Helmy, sudah tentu Burhanudin Helmy akan jadi Perdana Menteri yang pertama.

"Tetapi mereka ini (golongan kiri) ditangkap, diburu dan pertubuhan mereka diharamkan," katanya pada forum bertajuk Mat Indera — Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam Rabu.

Turut serta sebagai ahli panel ialah Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari dan penulis blog serta aktivis sosial, Hishammudin Rais.

Sambil mempertahankan sumbangan kumpulan sayap kiri dalam memperjuangkan kemerdekaan, Mohamad yang dikenali sebagai 'Mat Sabu' berkata beliau turut tidak menolak sumbangan pemimpin Umno.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan