Petani Diminta Berhati-hati Guna Racun Rumpai Parakuat

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Orang ramai terutamanya petani diminta berhati-hati dan mengamalkan langkah keselamatan ketika menggunakan racun rumpai parakuat berikutan peningkatan kes keracunan parakuat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata sebanyak 567 kes keracunan parakuat dilaporkan di negeri ini sepanjang tiga tahun lepas dan angka itu adalah agak tinggi.

"Kebanyakan kes keracunan parakuat yang dilaporkan itu turut melibatkan kes-kes cubaan membunuh diri selain kes-kes terminum secara tidak sengaja kerana menganggapnya air minuman," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Katanya racun parakuat pernah diharamkan penggunaannya sejak tahun 2002 dan hanya dibenarkan semula penggunaannya pada 2006.

Antara simptom keracunan ialah bengkak dan sakit pada bahagian mulut dan tekak, rasa loya, muntah-muntah dan kesakitan pada bahagian abdomen.

Sementara itu, Dr Mah berkata sebanyak 848 kes demam denggi dengan dua kematian dilaporkan di daerah Kuala Kangsar bagi tempoh 28 Ogos hingga 3 Sept lepas.

Bagaimanapun, katanya jumlah kes itu mencatatkan penurunan sebanyak 47.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu dengan catatan 1,626 kes dan lima kematian. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan