Pemilik Pusat Jagaan Haiwan Sembunyikan Diri, Ketakutan

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ibu bapa kepada dua lelaki yang dituduh meninggalkan dan mengabaikan kira-kira 300 kucing di bawah jagaan mereka mendakwa tidak tahu di mana anak mereka kini berada.

Shahrul Azuwan Adanan dan Yushairi Khairuddin yang merupakan pemilik pusat jagaan haiwan peliharaan, Petknode Online Store kini telah menghilangkan diri.

"Saya percaya anak lelaki saya itu lari menyembunyikan diri bersama rakannya kerana ketakutan," kata bapa kepada Shahrul, Adanan Ibrahim, 56.

Kedua-dua Shahrul dan Yushairi dikecam hebat oleh orang ramai khususnya pencinta haiwan selepas beberapa ekor kucing di bawah jagaan mereka terpaksa diselamatkan kerana kelaparan, ternyahhidrat dan ditinggalkan dalam keadaan kotor pada Ahad lepas di sebuah premis pusat jagaan haiwan.

Para pemilik kucing yang teraniaya itu membuat laporan polis terhadap kedua-dua mereka.

Ibu Shahrul, Norhana Bujang, 48, berkata anaknya itu sebenarnya tidak pulang berhari raya sepertimana yang disangka oleh orang ramai dan menelefon untuk memberitahu dia tidak boleh bercuti kerana mempunyai terlalu banyak kucing untuk dijaga.

"Dia kata akan pulang pada Selasa tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya," kata Norhana sambil menangis.

Katanya, Shahrul yang merupakan anak pertama daripada empat beradik jarang pulang melawat keluarganya di Batang Kali dan kali terkahir dia pulang adalah lebih setahun lalu.

"Selain menjaga kucing di pusat jagaan haiwan itu, dia juga memiliki banyak kucing sendiri yang perlu dijaga," katanya.

Adanan menyeru Shahrul supaya keluar daripada persembunyian dan meminta maaf secara peribadi di atas perkara yang terjadi.

Di Port Dickson, Ibu bapa Yushairi juga memberitahu bahawa mereka tidak mengetahui di mana dia berada sekarang.

"Yushairi tidak ada menghubungi kami sejak malam sebelum Hari Raya," kata bapanya, Khairuddin Abdullah, 60.

Menurut Khairuddin, Yushairi yang merupakan anak sulung daripada dua beradik menelefon keluarganya untuk meminta maaf kerana tidak dapat pulang untuk menyambut Aidilfitri kerana mempunyai terlalu banyak kucing untuk dijaga.

"Jadi kami tertanya-tanya mengapakah dia dan rakannya mengabaikan haiwan-haiwan itu," katanya.

Walaupun kedua-dua mereka menjalankan perniagaan tersebut, Yushairi masih mengambil dan membawa kucing-kucing terbiar pulang ke pusat jagaan haiwannya.

Khairuddin memberitahu anaknya merupakan pencinta haiwan yang akan menangis jika seekor kucing terbiar yang diambilnya mati.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan