Pelantikan Hakim Oleh Suruhanjaya Telus:Zaki

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelantikan hakim dan pesuruhjaya kehakiman menerusi Suruhanjaya Pelantikan Hakim (JAC) adalah 'sangat telus' kerana dibuat secara undi sulit, kata Ketua Hakim Negara yang akan bersara Tun Zaki Tun Azmi.

Beliau berkata sangat sukar meramalkan keputusan muktamad mengenai pemilihan hakim dan pesuruhjaya kehakiman oleh panel JAC.

"JAC lebih cerewet kerana segalanya dibuat secara undi sulit dan tidak ada nombor siri, dan anda tidak tahu siapa yang dipilih oleh panel," beliau memberitahu sidang akhbar selepas merasmikan persidangan hakim selama tiga hari di sini Rabu. Zaki berkata panel juga mengambil kira penghakiman yang dibuat oleh hakim dan kes-kes tertunggak sebelum memilih hakim dan pesuruhjaya kehakiman.

Ditubuhkan pada 2009, JAC dianggotai bekas ketua hakim negara, bekas hakim kanan dan bekas peguam negara sebagai pesuruhjaya.

Menurut Zaki, dalam tempoh tiga tahun beliau memegang jawatan tertinggi badan kehakiman, seramai enam atau tujuh peguam berpengalaman telah dilantik sebagai hakim dan pesuruhjaya kehakiman.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa pindaan Akta Saraan Hakim 1971 pada Julai adalah untuk memberi faedah kepada beliau, Zaki berkata tuduhan itu adalah satu penghinaan terhadapnya.

Beliau berkata laporan mengatakan beliau akan memperoleh RM2 juta sebagai pencen penuh selepas bersara walaupun berkhidmat hanya beberapa tahun dalam badan kehakiman adalah 'sangat menyakitkan hati'.

Zaki berkata pindaan pencen itu bukanlah dibuat untuk beliau tetapi untuk memberi faedah kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim, dan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Mohamad Jemuri Serjan.

Dalam ucapan terakhir selaku Ketua Hakim pada persidangan hakim tersebut, Zaki berkata semua peringkat kehakiman telah bekerja keras untuk mencapai pengurangan secara dramatik bagi kes-kes tertunggak.

Beliau melahirkan keyakinan terhadap penggantinya, Tan Sri Arifin Zakaria akan terus memimpin badan kehakiman ke peringkat yang lebih baik.

Ditanya tentang komen bahawa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Istana Kehakiman mungkin tidak wajar kerana boleh menjejaskan kebebasan badan kehakiman, Zaki berkata perkara itu tidak sepatutnya timbul kerana ia semata-mata lawatan oleh seorang ketua kerajaan.

Zaki berkata ianya suatu peluang bagi Perdana Menteri meninjau tentang peningkatan badan kehakiman seperti peralatan merekod dan mencatat perbicaraan (CRT) dan penyimpanan fail secara elektronik, sebagai langkah menambahbaik pentadbiran mahkamah. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan