Pelajar Malaysia Di Syria Dibawa Pulang

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membawa pulang semua 220 pelajar Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Syria ekoran rusuhan dan tunjuk perasaan berlarutan di negara itu sejak Mac lepas.

Semua pelajar terbabit, yang kini dalam keadaan selamat, akan dibawa pulang secara berperingkat mulai pertengahan bulan ini dengan kerjasama Persatuan Pelajar Malaysia Syria.

"Proses ini diselaraskan oleh Kementerian Luar dan Majlis Keselamatan Negara bersama-sama Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik," kata Wisma Putra dalam satu kenyataan malam Rabu.

Keputusan membawa pulang pelajar itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan mereka, selain mengelak berlaku insiden tidak diingini.

"Pihak kedutaan sentiasa berhubung serta menasihatkan rakyat Malaysia di Syria agar sentiasa peka dan waspada dengan keadaan semasa, dan menjauhi tempat-tempat rusuhan," kata Wisma Putra.

Kementerian Luar juga menasihatkan rakyat Malaysia agar menangguhkan lawatan ke Syria sehingga keadaan di negara itu lebih selamat. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan