Pandikar Amin Terima Kunjungan Perpisahan Duta Besar Perancis - Berita Semasa | mStar

Pandikar Amin Terima Kunjungan Perpisahan Duta Besar Perancis

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada Khamis menerima kunjungan perpisahan Duta Besar Perancis ke Malaysia, Marc Barety, di pejabatnya di Bangunan Parlimen.

Barety akan menamatkan perkhidmatannya pada penghujung bulan ini.

Pandikar Amin berkata kunjungan hampir sejam tersebut antara lain membincangkan pelbagai perkara mengenai hubungan kedua-dua negara selain berkongsi pandangan mengenai politik dunia.

Beliau berkata sepanjang tiga tahun berkhidmat di Malaysia, Barety sangat berpuas hati dan berpendapat demokrasi di Malaysia adalah satu demokrasi yang hidup dan mempunyai sistem pilihan raya yang memuaskan.

"Selama berada di Malaysia, Barety berpendapat Malaysia adalah negara yang unik. Beliau berkata politik di negara kita juga interesting (menarik). Keadaan harmoni negara dengan masyarakat yang berbilang kaum juga menarik perhatian beliau," kata Pandikar Amin kepada pemberita selepas kunjungan itu.

Selain itu, beliau berkata Barety turut memuji hubungan dua hala antara Malaysia dan Perancis dan berharap ia dapat diteruskan. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan