Orang Ramai Dijemput Ke Forum Mengenai Peristiwa Bukit Kepong

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Orang ramai dijemput menghadiri forum bertajuk "Peristiwa Bukit Kepong: Siapa Wira Sebenar?" di Auditorium Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini Jumaat ini.

Forum berkenaan akan bermula 3 petang, demikian menurut kenyataan pejabat Menteri Besar Perak di sini Rabu.

Empat ahli panel forum itu ialah bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Haniff Omar, bekas Ketua Polis Perak Tan Sri Yuen Yuet Leng, pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim dan Prof Datuk Dr Ramlah Adam dari UiTM.

Ahli-ahli panel akan berhujah mengenai peristiwa bersejarah itu yang kini menjadi topik kontroversi dicetuskan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa Mat Indera yang mengetuai gerombolan pengganas komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong pada 1950 adalah pejuang kemerdekaan, manakala anggota polis yang terkorban adalah polis penjajah British. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan