Nippon Paint Terima Anugerah Inovasi - Berita Semasa | mStar

Nippon Paint Terima Anugerah Inovasi

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jenama cat dari Jepun, Nippon Paint menerima anugerah inovasi produk bagi kategori Salutan Pembersihan Udara dalam majlis Anugerah Kecermelangan Hijau Asia Pasifik 2011 anjuran agensi penyelidikan antarabangsa, Frost & Sullivan.

Nippon Paint memperoleh tempat teratas inovasi produk dalam kategori salutan hiasan bagi cat ciptaannya, Nippon Odour-less AirCare yang mempunyai ciri mesra alam.

Kemenangan dinilai daripada penyaringan rapi berasaskan ukuran, soal selidik, analisis dan penyelidikan sekunder yang meluas oleh penganalisis industri terbabit oleh Frost & Sullivan dan di peringkat akhir, pemenang dipilih oleh satu panel juri yang terdiri daripada pakar-pakar insdustri.

Pengarah Urusan Nippon Paint Malaysia, Yaw Seng Heng berkata syarikat itu menumpukan perhatian dalam usaha penyelidikan dan pembangunan dalam mencipta inovasi cat yang memenuhi permintaan pengguna dan dalam masa yang sama dapat melindungi alam sekitar.

"Kami adalah syarikat pengeluar cat yang pertama melancarkan produk cat mesra alam di Malaysia dan penerimaan anugerah ini akan mendorong kami untuk terus membangunkan produk-produk inovatif yang mesra alam dan lebih sihat untuk kegunaan para pengguna di Malaysia," katanya.

Nippon Odour-less AirCare dengan teknologi Anti-Formaldehid dengan karbon aktif dikatakan mesra alam dan berupaya menyerap bahan cemar berbahaya di dalam rumah jika menggunakannya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan