Mydin Buka Pasaraya Besar Keenam Di Seremban

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Mydin Mohamed Holdings Bhd akan membuka cawangan pasarayanya yang ke-enam, yang melibatkan pelaburan RM10 juta, di Terminal 2, di sini, pada hujung bulan depan.

Pengurus Kanan Mydin dari pejabat Kuala Lumpur, Norman Rajen Abdullah berkata pasaraya besar itu akan menyediakan peluang pekerjaan kepada 400 hingga 500 orang.

"Kita akan menyewa bangunan dua tingkat di Terminal 2 di mana tingkat bawah akan menempatkan pasaraya manakala tingkat atas menempatkan bahagian seperti pakaian, barangan elektrik, alat tulis, kraftangan dan aksesori.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian program pemadanan perniagaan antara 70 usahawan industri asas tani serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terpilih dari Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor dengan Mydin anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Negeri Sembilan di sini Khamis.

Katanya Mydin kini mempunyai rangkaian 90 cawangan pasaraya besar, pasar raya, pasar mini dan bazar di seluruh negara.

Walaupun terdapat pasar raya di bandar ini, namun beliau yakin Mydin mempunyai tarikannya yang tersendiri terutama dari segi harga barangannya yang berpatutan, selain terdapat pelbagai produk tempatan dan tradisional, katanya.

Mengenai kedai 1Malaysia, beliau berkata Mydin merancang untuk membuka satu atau dua cawangan kedai tersebut di setiap negeri.

Katanya Mydin kini mengendalikan tiga cawangan kedai 1Malaysia di Lembah Klang.

Sementara itu, Pengarah Fama Negeri Sembilan A. Rahaman Suleiman berkata program itu bertujuan membantu para usahawan berkenaan untuk menerokai dan menembusi pasaran yang lebih meluas.

"Ia juga sebagai usaha untuk mendapatkan ruang pasaran baru bagi produk keluaran mereka, di samping ruang pasaran sedia ada dan membuka peluang penjualan secara pukal dan borong, khususnya melalui rangkaian pasaraya besar dan pasar raya Mydin di seluruh negara," katanya.

Di Negeri Sembilan, katanya kini terdapat 301 usahawan industri asas tani dan PKS yang telah didaftarkan di bawah sistem direktori usahawan (E-IAT) yang dibangunkan oleh Fama. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan