Muhyiddin Mulakan Lawatan Rasmi Ke London Hari Ini

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan rasmi ke United Kingdom mulai hari ini hingga Ahad.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, dijadual tiba di lapangan terbang Heathrow, London pukul 5.50 pagi Khamis.

Beliau akan diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, dan juga pegawai kerajaan dan wakil media.

Muhyiddin memulakan lawatan rasminya pada Jumaat dengan mengadakan perjumpaan dengan Prof Frances Corner, pengetua London College of Fashion, University of the Arts London, diikuti dengan lawatan kolej.

Beliau akan menunaikan solat Jumaat di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di 45 Belgrave Square, di sini.

Pada sebelah petang, beliau dijadual melancarkan Forum Merdeka "Kemerdekaan 54 Tahun, Membina Satu Bangsa, Berkongsi Satu Matlamat" di sebuah hotel di sini, yang dijangka dihadiri 300 rakyat Malaysia termasuk penuntut-penuntut di London.

Pengarah Institut Pengajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Datuk Dr Mahani Zainal Abidin dijadual bercakap mengenai topik itu.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Zakaria Sulong akan bertindak sebagai moderator. Muhyiddin juga dijadual mengadakan perjumpaan dan berdialog dengan masyarakat dan penuntut Malaysia di sini.

Pada Sabtu, Muhyiddin dan anggota rombongan akan menghadiri Karnival Merdeka 2011 di Institut Penyelidikan Tun Abdul Razak Brickendonbury, Hertford.

Semasa ditemui pemberita, Zakaria berkata lawatan Muhyiddin merupakan satu peluang bagi masyarakat dan penuntut Malaysia di London untuk bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri dan mendapat penjelasan mengenai isu-isu terbaru di tanah air.

Untuk rekod, terdapat 70,000 rakyat Malaysia termasuk 14,000 penuntut di United Kingdom. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan