Malaysia Tunggu Indonesia Tamatkan Pembekuan Penghantaran Pembantu Rumah

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU KAWAN: Kerajaan masih menunggu tindakan kerajaan Indonesia melaksanakan keputusan menamatkan pembekuan penghantaran pembantu rumah rakyatnya ke Malaysia, kata Menteri sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaiam.

Subramaniam berkata walaupun memorandum persefahaman (MoU) untuk menamatkan pembekuan itu telah ditandatangani oleh kedua-dua negara pada penghujung Mei lepas tetapi Indonesia masih belum melaksanakannya.

"Saya telah mewakili Malaysia untuk menandatangani memorandum itu dan Indonesia diwakili rakan sejawatan saya iaitu Muhaimin Iskandar di Jakarta dan bersetuju untuk menamatkan pembekuan penghantaran pembantu rumah ke sini (Malaysia)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas majlis pengumuman peruntukan sebanyak RM1.7 juta untuk membina bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Ladang Batu Kawan di sini Khamis.

Katanya kementeriannya juga tidak pasti alasan penangguhan oleh kerajaan Indonesia untuk menamatkan pembekuan itu walaupun memorandum persefahaman yang ditandatangani itu telah berlangsung selama tiga bulan lepas.

Antara syarat yang dipersetujui dalam memorandum persefahaman itu ialah majikan Malaysia dijamin mendapat pembantu rumah ganti atau ganti rugi wang pendahuluannya daripada agensi pekerjaan berkaitan jika pembantu rumah mereka melarikan diri, tidak cekap atau tidak lulus pemeriksaan kesihatan dalam tempoh enam bulan.

Selain itu persetujuan yang dicapai juga merangkumi bayaran gaji pembantu rumah adalah tertakluk pada tuntutan pasaran semasa, namun pihak Indonesia akan menentukan bahawa gaji yang bakal ditawarkan majikan Malaysia tidak kurang daripada gaji minimum di Indonesia.

Sementara itu, Subramaniam berkata SJK (T) Ladang Batu Kawan dijangka dapat digunakan sepenuhnya pada awal 2013, di mana kerja-kerja pembinaan dijangka akan bermula pada penghujung tahun ini dan ia dijangka siap penghujung tahun depan.

"Pembinaan sekolah ini merangkumi semua aspek kemudahan untuk memenuhi keperluan murid seramai 122 orang seperti padang, perpustakaan, makmal komputer dan bilik darjah, setakat 2009 hingga 2011 sebanyak RM236 juta telah diperuntukan untuk pembangunan sekolah Tamil di seluruh negara.

"Sebanyak 73 bangunan baru telah dibina dan sejumlah RM13.5 juta juga telah diperuntukan oleh kerajaan untuk melengkapkan semua sekolah Tamil dengan keperluan-keperluan asas seperti perabut dan lain-lain," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan