Lebih Ramai Bukan Melayu Diharap Sertai PDRM

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih ramai bukan Melayu diharap menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai salah satu cara menambah baik perkhidmatan pasukan itu kepada masyarakat.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rasid berkata penyertaan bukan Melayu dalam PDRM akan dapat memantapkan penyampaian perkhidmatan terutama kepada bangsa mereka sendiri melalui bahasa dan komunikasi.

"Kita perlukan penyertaan PDRM daripada bukan Melayu supaya mereka senang berhubung dengan awam daripada pelbagai bangsa dan pertuturan. Namun, penyertaan bukan Melayu dalam PDRM amat sedikit.

"Walaupun pelbagai usaha telah dibuat bagi mempromosikan PDRM kepada kaum bukan Melayu, namun ia dilihat seakan tiada sambutan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampain Sijil Konstable Siri 2/2011 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini Khamis.

Turut hadir Komandan Pulapol Zulkifli Mohamed dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Datuk Abd Rahim Hanafi.

Salleh berkata contohnya pada hari ini, tiada penyertaan daripada kaum Cina dan Punjabi untuk memasuki latihan kepolisan.

"Kaum Melayu mendahului dengan 939 orang, India 32 orang dan Lain-lain bangsa 14 orang," kata beliau.

Pada upacara itu seramai 985 orang berjaya menamatkan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) sejak latihan siri itu dimulakan Januari tahun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan