Kualiti Udara Di Lembah Klang Terjejas Teruk

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Orang ramai yang mengalami masalah pernafasan dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti di luar dan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan kualiti udara di kebanyakan kawasan terjejas teruk akibat jerebu.

Pada Rabu, Klang Valley merekodkan jarak penglihatan kurang jelas dan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tahap sederhana.

Keadaan jerebu yang melanda di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang dan negeri-negeri di utara Semenanjung berpunca daripada aktiviti pembakaran secara terbuka yang berlaku di Sumatera, Indonesia.

Menurut jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia, negara ini mudah menerima kesan jerebu dari negara jiran kerana angin monsun barat daya akan membawa pencemaran udara yang teruk di Sumatera ke sini.

"Hanya hujan akan membantu kerana jerebu akan melanda negara ini semula jika hujan tidak turun," katanya.

Sehingga 5 petang Rabu, IPU yang dikeluarkan dalam laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati mendapati kualiti udara tidak sihat di Petaling Udara meningkat dari 79 ke 86 manakala Shah Alam mencatatkan IPU sederhana (90).

Kawasan lain yang mencatatkan bacaan IPU pada paras sederhana ialah Pelabuhan Klang (83) dan Banting (71) di Selangor serta Batu Muda (84) dan Cheras (77) di Kuala Lumpur.

Bacaan IPU di Sekolah Jalan Pegoh (82) di Ipoh turut berada di paras sederahana manakala Seberang Jaya 2 di Prai semakin beransur pulih sejak Selasa.

Bacaan IPU antara 0-50 menggambarkan kualiti udara yang baik, manakala 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak bersih) dan 300 ke atas (berbahaya).

Jabatan Meterologi merekodkan jarak penglihatan di Petaling Jaya dan Subang menurun kepada 3 kilometer (km) manakala Perai di Pulau Pinang, 5km.

Pada masa sama, kedua-dua kawasan pada Selasa masing-masing mencatatkan jarak penglihatan melebihi 6km dan 8km.

Jarak penglihatan kurang jelas turut direkodkan di Alor Setar dan Ipoh masing-masing pada jarak 3km, Perai dan Pulau Pinang, 5km.

Jarak penglihatan normal adalah pada bacaan melebihi 10km.

Imej terbaru yang dikeluarkan oleh JAS menunjukkan sebanyak 120 kawasan terjejas teruk pada jam 3.45 petang Rabu, peningkatan dari 62 kawasan yang dikesan pada Selasa.

Walaupun hujan diramal turun di Lembah Klang pada minggu depan, jurucakap Jabatan Meteorologi menjangkakan ia tidak lebat.

"Hujan akan dijangka turun di kawasan seperti Hulu Selangor dan Gombak tetapi tidak lebat," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan