Khalid Samad Gesa JAIS, MAIS Dedahkan Intipati Perbincangan Dengan NGO Islam

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mendedahkan apa yang dibincangkan dalam pertemuan mereka dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang didakwa cuba menjatuhkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid mendakwa, Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa telah mengakui mengenai pertemuan rasmi yang berlangsung itu adalah untuk membincangkan masalah umat Islam dalam isu gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Namun beliau menegaskan sekiranya pertemuan tersebut adalah mesyuarat rasmi maka Azib selaku pengerusi MAIS perlu mendedahkan maklumat mengenainya bagi mengelakkan sebarang spekulasi.

"Pengerusi MAIS mengaku pertemuan rasmi itu bukan untuk menyerang Menteri Besar tetapi membincangkan masalah umat Islam dan isu DUMC.

"Kalau rasmi perlu kemukakan siapa yang jemput, kenapa dijemput dan apa agendanya? Jika pertemuan itu tidak rasmi jelaskan kenapa JAIS ada dan peguam dari pejabat peguam negara turut hadir," katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, Khamis.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam turut mendakwa satu memorandum telah dihasilkan daripada pertemuan yang dianjurkan itu.

"Jika benar mereka tidak berniat jahat, kenapa JAIS-MAIS panggil NGO Islam tentang isu DUMC tapi laporan lengkap sehingga hari ini belum dikemukakan kepada Menteri Besar.

"Sikap JAIS-MAIS ini membelakangkan kerajaan negeri seolah-olah Exco agama tidak wujud. Mereka tidak iktiraf Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri," katanya lagi.

Dalam entri terbaru blognya pada Rabu, Khalid mendakwa ada pihak-pihak tertentu telah mengadakan pertemuan tertutup membabitkan agensi-agensi agama dan NGO untuk menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar Selangor ekoran kes serbuan ke atas DUMC pada 3 Ogos lalu.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam mendakwa pertemuan beberapa NGO Islam bersama JAIS dan MAIS serta wakil daripada Pejabat Peguam Negara telah menghasilkan satu memorandum untuk menjatuhkan Abdul Khalid selaku Menteri Besar Selangor.

Pada 3 Ogos lalu penguat kuasa JAIS melakukan pemeriksaan ke atas DUMC selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Isu tersebut menjadi kecoh apabila Abdul Khalid campur tangan dan menggesa JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak penguat kuasa jabatan agama itu.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan