Keluarga Noramfaizul Terima Wang Pencen RM2,000 Sebulan

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keluarga jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor yang terbunuh selepas terkena tembakan curi ketika di Mogadishu, Somalia akan menerima wang pencen sebanyak RM2,000 sebulan sehingga anak-anaknya berusia 21 tahun atau bergelar siswazah.

Menteri Sumber Manusia, Datuk S.Subramaniam mengumumkan perkara itu selepas menyerahkan perbelanjaan pengebumian sebanyak RM1,500 daripada Socso kepada keluarga Allahyarham di kediaman mereka di sini, Rabu.

Noramfaizul, 39, meninggal dunia pada Jumaat lalu selepas terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia bersama Kelab Putera 1Malaysia.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Norazrina Jaafar, 37, dan dua anak, Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal,3.

Dr Subramaniam berkata, kementeriannya akan berbincang dengan organisasi media berhubung keperluan untuk mewujudkan garis panduan bagi menjamin keselamatan wartaman ketika mengikuti misi kemanusian di luar negara.

"Langkah itu bertujuan untuk memastikan majikan menyediakan keperluan untuk melindungi keselamatan dan kesihatan wartawan," katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan