Jumlah Pelancong Ke Pulau Mabul Akan Dihadkan

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri akan mengkaji kemungkinan untuk menghadkan jumlah pelancong ke Pulau Mabul, satu daripada pusat peranginan dan aktiviti menyelam yang popular di negeri ini yang terletak berdekatan Pulau Sipadan.

Pembantu Menteri berkenaan Datuk Bolkiah Ismail berkata langkah itu penting bagi mengurangkan kesesakan selain memulihara pulau itu bagi jangka masa yang panjang.

"Nampaknya jumlah pelancong yang berkunjung ke Pulau Mabul meningkat setiap tahun. Kalau keadaan ini tidak dikawal sudah tentu memberi impak kepada hidupan marin dan darat serta persekitaran taman Pulau Mabul, maka kita perlu melakukan sesuatu bagi membetulkan keadaan bukan sahaja di Pulau Mabul tetapi juga di pulau-pulau peranginan sekitarnya," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian bengkel mengenai Pelan Pengurusan Pulau-Pulau di Sabah di sini Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas masalah kesesakan yang dilaporkan di beberapa pulau peranginan di negeri ini termasuk Pulau Mabul.

Katanya kementerian akan mendapatkan pandangan semua pihak termasuk pengusaha pelancongan sebelum memperkenalkan garis panduan baru bagi menangani masalah kesesakan di pulau-pulau berkenaan.

Sebelum ini, katanya kementerian telah memperkenalkan peraturan yang menghadkan jumlah pelancong berkunjung ke Pulau Sipadan yang merupakan antara pusat skuba yang terkenal di dunia.

"Keputusan menghadkan jumlah pelancong ke Sipadan adalah tepat dan hidupan marin serta persekitaran taman Pulau Sipadan kini dalam keadaan baik. Bayangkan jika keputusan itu tidak dibuat, sudah tentu pulau ini akan mengalami kesan yang teruk," kata Bolkiah.

Mengenai usaha kementerian untuk membangunkan pulau-pulau lain sebagai pusat pelancongan termasuk yang dimiliki individu, beliau berkata satu kajian terperinci akan dibuat bagi mengenal pasti pulau-pulau yang sesuai untuk tujuan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan