Jerebu: Sumatera & Riau Masih Terbakar, 35 Kawasan Catat Pencemaran Udara Sederhana

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 35 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) sederhana sehingga pukul 5 petang Khamis.

Laporan imej satelit yang dikeluarkan Asean Specialised Meterological Centre (ASMC) menunjukkan kebakaran masih berlaku di kawasan Sumatera Selatan dan Riau di Sumatera Tengah, yang merupakan menyumbang utama jerebu.

"Angin dari arah barat daya membawa asap jerebu dari kawasan tersebut merentasi sempadan ke pantai barat Semenanjung Malaysia," menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Sementara itu laman sesawang JAS www.doe.gov.my, menyatakan lima kawasan mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu Shah Alam, Selangor (86), Petaling Jaya, Selangor (82), Nilai, Negeri Sembilan (80), Seberang Jaya Perai, Pulau Pinang (79) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (78).

Sebanyak 15 kawasan mencatat bacaan IPU baik dan tiada kawasan di negara ini yang mencatat IPU pada tahap tidak sihat.

IPU pada tahap antara 0 dan 50 merupakan bacaan baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Sementara itu, JAS dalam satu kenyataan menjangkakan keadaan berjerebu berterusan beberapa hari akan datang disebabkan cuaca yang diramal kering di beberapa negeri di utara dan pantai barat Semenanjung.

Ramalan cuaca Jabatan Meteologi Malaysia menyatakan terdapat kawasan tidak akan menerima hujan untuk tempoh lima hari akan datang.

Laporan imej satelit yang dikeluarkan Asean Specialised Meterological Centre (ASMC) menunjukkan kebakaran berlaku di kawasan Sumatera Selatan dan Riau di Sumatera Tengah, Indonesia.

"Angin dari arah barat daya membawa asap jerebu dari kawasan tersebut merentas sempadan ke pantai barat Semenanjung Malaysia," menurut kenyataan itu.

JAS menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dan diminta bekerjasama untuk memadamkan kebakaran kecil.

Jabatan itu turut menasihatkan orang ramai melaporkan kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan